Wednesday, November 10, 2010

08.03 SELECT LATHE MACHINE ACCESSORIES & ATTACHMENT

MESIN LARIK JENTERA.

Terbahagi kepada empat jenis:-

a)   Jenis bangku
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus.

b)    Mesin larik piawai
 Jenis ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah diantara 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam Institut Latihan Kemahiran.


c)   Jenis Toolroom
 Mesin Jenis ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan eksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.

d)   Jenis Gab-Bed
 Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau komponen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.






 FUNGSI BAHAGIAN MESIN LARIK
ALATAN HADAPAN
·         Mengandungi system takal atau rangkaian gear
·         Memutarkan spindal utama dengan kelajuan boleh ubah
ALATAN BELAKANG
·         Mempunyai spindal yang boleh digunakan untuk memasangkan mata gerudi, tetengah dan cuk Jacob dan menerima pemasangan gerudi dan peluas
·         Tapak boleh dipasang tepat di atas landasan
·         Digunakan untuk menahan benda kerja yang panjang
LANDASAN
·         Diperbuat daripada besi tuang kelabu
·         Permukaan landasan dikeraskan supaya tidak cepat haus
·         Menyokong bahagian utama mesin pelarik seperti alatan hadapan dan alatan belakang
·         Keratan rentas landasan berbentuk “V” dan landasan rata
PELANA (APRON)
·         Apron ialah komponen yang membawa roda tangan, tuil suapan automatic dan gear pergerakan
·         Pelana mempunyai selayang yang menyokong kekesut dan tiang mata alat
·         Menggerakkan tiang mata alat dalam arah selari atau melintang dengan paksi putaran spindal
ACI HANTARAN
·         Berfungsi menghantar kuasa putaran untuk menggerakkan pelana secara automatic
ACI SKRU PEMANDU
·         Mempunyai ulir skru untuk menukar pergerakan putaran skru kepada pergerakan linear pelana
·         Memandu pergerakan dan melaras kedudukan pelana di sepanjang landasan
KEKESUT LINTANG
·         Di pasang di atas pelana
·         Menyokong dan menggerakkan kekesut bergabung dan tiang mata alat dalam arah melintang dengan paksi putaran spindal.
KEKESUT BERGABUNG
·         Dipasang di atas kekesut lintang
·         Menempat serta menyokong tiang mata alat
·         Membolehkan mata alat dilaras ke sebarang sudut relative kepada paksi spindal









No comments:

Post a Comment